UNIT PEMASARAN

Universiti Islam Melaka

Unit Pemasaran

Unit Pemasaran merupakan nadi kepada usaha mempromosikan imej dan jenama Universiti Islam Melaka (UNIMEL) kepada komuniti, industri, pelajar dan pihak berkepentingan lain. Unit ini berperanan merancang, melaksanakan dan menilai strategi komunikasi dan pemasaran yang efektif, termasuk pengurusan media sosial, kandungan digital, aktiviti promosi serta liputan media bagi setiap program, kursus dan inisiatif universiti. 

Melalui pendekatan kreatif dan berstrategi, Unit Pemasaran memastikan mesej universiti sampai kepada audiens sasaran dengan jelas, konsisten dan memberi impak positif terhadap reputasi UNIMEL. Unit ini juga berperanan menyokong PTj lain dalam aktiviti promosi dan pembangunan jenama mereka agar selaras dengan identiti korporat universiti.