Bahagian
Latihan
Pendidikan

Universiti islam melaka

Bahagian Latihan Pendidikan

Bahagian Latihan Pendidikan bertanggungjawab merancang dan menyampaikan pelbagai program latihan dan kursus yang sesuai untuk individu dan organisasi di luar universiti. Kursus yang ditawarkan merangkumi kursus jangka pendek, kursus jangka panjang, program profesional dan program eksekutif, direka untuk meningkatkan kemahiran, kepakaran dan pengetahuan peserta dalam bidang masing-masing.

Bahagian ini juga menyokong pembangunan kerjaya dan keperluan profesional peserta sambil memberi peluang kepada universiti untuk menjana pendapatan melalui yuran kursus dan kerjasama strategik dengan agensi, industri dan komuniti. Dengan pendekatan latihan yang praktikal dan berkualiti tinggi, bahagian ini memastikan setiap peserta mendapat pengalaman pembelajaran yang bermanfaat dan relevan dengan perkembangan semasa industri.